Ollo! heee, kalau tengok citer Mastermind mesti faham.
Tajuk entri dah serius, jadi aku pon kene la serius. Entri kali ni merupakan kemuncak segala dilemma yang berlaku antara perkara dalam hidup aku dan basketball. HAHA. Poyo, tapi benar. Kau bayangkanlah, setiap kali ade match basket mesti ade program lain yang jatuh pada tarikh yang sama. Bukan omong kosong, tapi aku ade bukti yang nyata.1) Basketball Intec Open
Match ni clashing dengan teater musikal Lat The Kampung Boy. Dah la first time nak tengok teater, serius aku dalam dilemma. Sedih giler tak dapat join RANGERS. Tapi, nasib baek game habis awal dan aku sempat pegi teater. Thanks to Sir Im and Abg Lim! :)
2) UiTM NS vs KMNS
Kali ni clash dengan lab pulak. Oh, disebabkan batch aku first batch kat UiTM NS. Jadi, barang kat makmal pon takde lagi. So, kalau nak buat experiment kene pergi UiTM Shah Alam. Kau bayangkan, kalau orang study Isnin-Jumaat. Kami Isnin-Sabtu. Sebab Sabtu akan ulang alik Shah Alam-Kuala Pilah buat experiment. Penat satu hal, masa nak rehat pon kurang. Nasib baek experiment and lecturer okay. Hilang rasa penat. :)
3) Dinner vs Sukan Program
Yang ni pon sama, petang ade match malam lak ade dinner. Ekau bayangkan la camno. Kelam kabut bersiap, sampai kat Kelana Resort pon paling lambat. Time Rektor Kampus berucap, baru aku terkedek-kedek carik meja. Thanks to my friend yang dah booking seat aku. Takde la melilau pastu duduk kat tempat lain. Hee.
Ni baru siket, nak senaraikan semua sampai besok tak abis. Kali ni, RANGERS ade buat program Bring it on, RANGERS kat Port Dickson. Kira macam kem bina semangat la. Last time kami nak spent time sama-sama. Next sem aku nak blah pegi praktikal. KARISMA bagai semua memang tak dapat la. Sedih. Dan program ni pon clash dengan hari nak hantar cousin aku fly New Zealand. Gila dilemma. Huh. Sorry Shasha, minta maaf. Nasib baek aritu dapat jumpa kau kejap. Take care kat sana! Make us proud! memang hebat-hebat. HAHAHA. ;)
Siti Nur Natasha, Siti Nur Izni love you! :)
Cucu Jalkendar Singh@ Ibrahim b. AbdullahCousin belah mama aku, kalau dapat anak perempuan mesti ade SN.Siti Nor Intan, Siti Nur Afiqah, Siti Nur Izni, Siti Natasha, Siti Nur Iylia and Siti Nur Zafira.Lelaki lak mesti ade MS.Muhd. Syafiq Ijlal, Muhd Shafiq Afizan, Muhd. Shafiq Zhafri and Muhd. Shafiq Zharif.Ayong aku cucu gegurl pertama and Abang aku cucu boboy pertama. Hiks. :)
p/s: kenapa perkara best perlu bertindih? Badan aku takleh bagi dua. Hmmm.

2 coretan:
susah kan kadang kadang kena pilih antara dua, huhu
besela idop.do make a good choice oke:)
Post a Comment